|
Gereja SIB Waang Ranau terletak tidak
jauh dari pekan ranau. Perjalanan ke sidang ini hanya memakan masa
kurang dari sejam. Berkat Tuhan jelas kelihatan di dalam sidang ini,
kini gereja bukan sahaja maju dari segi fizikal tetapi juga dari segi
rohani.Gereja terletak di tengah-tengah kampung dan mampu
menampung 1000 hingga 2000 orang. Pihak gereja juga mengadakan
pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara jemaat, salah
satunya ialah pertemuan keluarga. Untuk berkongsi berkat Tuhan, sidang
in juga turut mengadakan lawatan ke gereja-gereja lain.Pihak gereja juga
sentiasa mengambil bahagian dalam pelayanan, contonnya pelayanan semasa
konfrensi PMM SIB SABAH yang di adakan setiap tahun. Pihak gereja amat
mementingkan kesatuan dalam Tuhan tetapi tidak melupakan bidang akedemik.
Pihak gereja sentiasa menggalakan anak-anak Tujan untuk menuntut ilmu.
Sebagai buktinya, pihak gereja mengadakan "kem motivasi pelajar". Para
peserta bukan sahaja dari sidang ini, malah turut disertai dari
sidang-sidang lain. Objektif utama pihak gereja mengadakan aktiviti ini
ialah untuk menyedarkan generasi muda terhadap kometment mereka terhadap
Tuhan dan dunia pendidikan. Dalam era industri muzik yang maju masa kini,
pihak gereja juga tidak ketinggalan untuk mendedahkan anak-anak muda
dengan lagu rohani. Dalam masa yang sama mereka juga disedarkan betepa
pentingnya pelayanan muzik. Setiap organisasi perlulha memiliki seorang
pemimpin yang berkaliber, justeru itu pihak Pusat SIB SABAH telah
mengutus Pst. fedlin dan keluarga untuk melayani sidang ini. Jemaat
Sidang Waang juga sentiasa terbuka dengan pelayanan mereka. Marilah
mempertahankan iman percaya kita sehingga saat ahir.
|